Isnin, 15 Ogos 2011

Kuah Kacang


KUAH KACANG

Bahan:

1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras


Cara:

1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan nasi impit.

Ayam BBQ


Ayam BBQ

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 2.0kg ayam
  • 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula

Cara-cara

  1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
  2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
  4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
  5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!

Rantai o rantai


Adoyaiiii...dh nak dekat raya ni,rantai leher lak putus..apa la nasib..takde angin takde ribut tetiba jer berjuntai..tapi mujur la putus dalam rumah..kalau putus masa aku outing,pastu hilang,abis la rugi..nasib baik ada rezeki lagi..kalau sempat blk kelate nanti nak tukar baru..kali ni nak ambik yang kecik2 jer..aku memang suka yang kecik molek ni...