Sabtu, 15 Oktober 2011

logik ke tidak?

logik ke tidak..kita ada kereta,tp kita bg kat orang,pastu kita nk beli lain,sedangkan umah kita,pinggan nk mkn nasi pn xder..kn ke bgs klu guna duit tu utk beli pinggan instead of beli kereta baru?..last2 dh 3 thn berlalu masih tak mampu nk beli kereta lain..pinggan pn x nmpk bayang..

logik ke tidak..kita dh ada sofa tp kita bg kt org,pastu kita nk beli lain,sedangkan isteri dh 3 thn mntk belikan mesin kek x dpt..apa guna semayang tonggeng tonggak smpai lekuk dahi tp jadi org munafik yg hanya pandai buat janji tp tunai x tau..

logik ke tidak..isteri nak ambik lesen kereta kita tak bagi dan bila isteri nak keje,kita kata,nanti nak gi keje mcm mana..awak bukan ada lesen nak bwk kereta..

logik ke tidak..kera dihutan disusukan,anak dirumah mati kelaparan..kenapa dgn org lain kita tak kedekut tapi dgn anak isteri kita berkira..apa mereka (org lain) itu kah yg jaga kita masa kita sakit,mereka kah yg akn jaga kita bila kita dh tua.even mak kita pn blm tentu akn jaga kita bila kita tua sbb mungkin masa tu dia pn dh takder..

logik ke tidak..anak orang berat 10kg kita rajin nk mendukung tapi anak sendiri berat 5kg liat sungguh kita nk dukung..nk usap kepala dgn kata2 syg pn jarang..

logik ke tidak..kita tunjuk baik kat isteri masa dpn org jer..tapi belakang org sepatah sehari bercakap dgn isteri..tegur isteri masa nk pakai dia jer..selebihnya isteri kita buat mcm x wujud jer..

logik ke tidak..kita nak g bercuti,kita g cakap kat kakak ipar kita..tapi kat isteri tak cakap pun..tup tup kakak ipar lak yg tlg cakap kt isteri yg kita nak g bercuti..putar alam sungguh..

logik ke tidak..dlm situasi hujan lebat,kita nak blk kampung..ada isteri yg sarat mengandung,ada ibu kita yg tua..kita payungkan ibu masuk kereta.kita pun masuk kereta..daaaaannnn isteri kita biarkan terkontang kanting dgn sebelah tgn pegang payung dan sebelah lagi nak kunci mangga pintu pagar tertonggeng2..logik ke tidaaaaakkkk????..syurga memang di bawah tapak kaki ibu tp tak bererti isteri kita blh penyet2..

dalam dunia ni memang banyak benda yg x logik..renung2 kan..selamat beramal..

Jumaat, 14 Oktober 2011

tangani stress dgn solat..

Dalam kehidupan, kita akan mengalami stress. Stress ini perlu, tetapi Stress yang melampaui itu yang bahaya,Jadi Ibu kepada Pengurusan Stress ialah:Solat.
Nabi mintak rehat dengan Solat sbb ketika itu kita dekat dgn Allah, kita adukan segala masalah pada Allah. Mahatma ghandi juga ada mengatakan, “kalau sy tak sembahyang dah lama sy akan jd orang sakit jiwa.”
Kita TAK boleh kawal arah angin yg dtg tapi kita BOLEH kawal pelayaran kita. Kita Tak Dapat halang UJIAN yg dtg kepada kita tetapi kita boleh kawal dan MENANGANI Ujian itu dgn baik InsyaAllah dengan Rapat dan Akrab dengan Allah,InsyaAllah tidak ada mudharat kerana sentiasa diperlihara Allah. Surah al-Insyirah ayat 5 dan 6, Setiap kesulitan itu ada kemudahan..

Selasa, 11 Oktober 2011

Pesanan Untuk Suami

Pesanan untuk Mohamad Ali walaupun tak mungkin sama sekali untuk dia baca blog aku ni tapi aku nak jugak tuju kat dia..isk..isk..isk..


Pesanan Buat Suami..

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.