Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Oktober 2011

Bihun Sup Pasar Malam versi sedap..

Peliknya nama resepi..bukan apa..kalau yg jual kat pasar malam tu tak sedap..yg ni sedap..hihihi

Bahan2:-

1/2 ekor ayam
1 ulas bawang merah (besar)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sup bunjut adabi
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Minyak utk menumis
Air secukupnya
Garam
Serbuk perisa
Bihun

Untuk hiasan dan ulam:-
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Limau Kasturi
Tauge

Sambal kicap:-

Cili Padi
Kicap
1 biji limau kasturi

Cara2:-

1. Bahagian isi ayam, bersihkan,perap dengan garam dan kunyit dan goreng..dah masak,siat2 halus isi ayam tu..ketepikan.
2. Bahagian yg ada tulang pulak bersihkan dan ketepikan..Kisar halus bawang merah,bawang putih,dan halia..tumis bahan kisar sehingga naik bau bersama kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga..gunakan minyak yg sedikit jer..Kemudian masukkan ayam tadi bersama air dan sup bunjut..Renehkan sehingga ayam empuk..Rasakan dengan garam dan serbuk perisa dan siap..
3. Bihun hendaklah dicelur dan toskan..
4. Untuk sambal kicap,kisar kering cili padi..masukkan dalam mangkuk,masukkan kicap dan perahkan limau kasturi..
5. Cara hidangan,masuk bihun dalam mangkuk,masukkan sup,taburkan isi ayam yg disiat tadi,tauge,bawang goreng,sambal kicap,daun bawang,daun sup,dan perahkan limau kasturi..boleh juga taburkan kacang tanah kisar dan cili jeruk..siap utk dimakan..

Selasa, 4 Oktober 2011

Air Asam Simple


Bahan2:-

Air asam jawa (kepekatan dan sukatan terpulang pada selera)
1 biji tomato (dihiris nipis)
Cili (terpulang nak pedas atau kurang-dihiris nipis)
Sedikit belacan
1/2 biji bawang merah saiz sedang (dihiris nipis)
1 biji perahan air limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa

Cara2:-

1. Campurkan air asam jawa,perahan limau,belacan, garam dan gula, kacau sehingga sebati.
2. Masukkan hirisan tomato,cili,dan bawang.Dah siap..sedap dicicah dengan daging bakar atau ikan bakar.



Isnin, 3 Oktober 2011

Puyuh Masak Lemak Cili Api


Bahan2:-

3 ekor burung puyuh (dipotong 4)
1 ulas bawang merah
1 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
15 biji cili padi
sehelai daun kunyit (optional)
1 keping asam
2 cawan santan
Garam
Serbuk perisa

Cara2:-

1. Perap burung puyuh dgn air limau kasturi sebentar dan bersihkan.ketepikan..
2. Kisar halus bawang merah,serai,kunyit,dan cili padi..
3. Masukkan bahan kisar dalam periuk,masak hingga naik bau.masukkan asam keping dan daun kunyit.
4. Selepas tu masukkan burung puyuh,masak sehingga dagingnya empuk.Bila dah empuk,masukkan santan..reneh sekejap..Masukkan garam dan serbuk perisa secukup rasa..jangan reneh terlalu lama takut pecah minyak..ok dah siap..

Rabu, 17 Ogos 2011

Daging Bakar Berempah


Daging Bakar Berempah

Bahan-bahan ( setengah kilo daging )

  • daging setengah kilogram
  • 2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit
  • 1 @ 2 batang serai
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • sedikit ketumbar (jika suka)
  • garam secukup rasa
  • gula @ gula melaka
  • sedikit serbuk perasa
  • air asam jawa
  • 1/2 sudu teh air limau nipis (xde pun xpe)

Cara-cara

  1. potong daging ikut kesukaan masing2...basuh bersih, toskan
  2. kisar semua bahan diatas.
  3. perap daging dengan bahan kisar sekurang2nya setengah jam. lagi lama lagi elok.
  4. boleh la dibakar....lebihan bahan perap jgn dibuang, campurkan lebihan bahan perap dengan sedikit minyak masak...kacau sebati...gunakan utk merenjis daging sewaktu membakar..boleh juga dibakar dalam oven atau kuali leper diatas dapur gas tapi kena bungkus dengan aluminium foil..
  5. siap sedia utk dimakan...sesuai dimakan dengan nasi kerabu..

Selasa, 16 Ogos 2011

Sate Ayam@daging


Sate Ayam atau Daging

Bahan-Bahan:
Untuk 140-150 cucuk sate

2 kilo dada ayam
1 kilo isi ayam dari seekor ayam tanpa dibuang lemak

Bahan untuk memerap ( disatukan dan dikisar)

10 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
4 batang serai
5 inci halia
2 sudu makan jintan manis ditumbuk kasar
1 sudu makan jintan putih ditumbuk kasar
1 sudu biji ketumbar ditumbuk halus.

Bahan perasa

5 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan madu.
500 grm gula



Cara:
1. Isi ayam dari bahagian dada dan seekor ayam dipotong kiub jangan dibuang lemaknya.

2. Satukan dengan bahan memerap dan masukkan bahan perasa.gaulkan bahan ini sebati dan simpan didalam peti sejuk semalaman

3. Cucuk isi ayam yang telah diperap semalaman dgn lidi sate.

4. Siap sedia untuk dibakar dan dihidangkan

Cadangan Hidangan:
sajikan sate dengan kuah kacang,hirisan timun dan bawang merah

Sos Lada Hitam dan Sos Cendawan


SOS LADA HITAM

Bahan2:-
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara2:-
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam

SOS CENDAWAN

Bahan2:-
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [cincang halus]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara2:-
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

Isnin, 15 Ogos 2011

Kuah Kacang


KUAH KACANG

Bahan:

1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras


Cara:

1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan nasi impit.

Ayam BBQ


Ayam BBQ

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 2.0kg ayam
  • 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula

Cara-cara

  1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
  2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
  4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
  5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!

Rabu, 29 Jun 2011

Kurma Ayam Kelate

Nasi minyak dah ada..so jom kita masak lauk pulak..kat kenduri memang matching la nasi minyak dengan masak kurma..tapi ada gak yg buat ayam masak pedas..yang tu kemudian nanti ida share resepi dia..so jom masak kurma ayam yg sgt senang ni..

Kurma Ayam Kelate

Bahan2:-

Setengah ekor ayam (ambik bahagian bertulang je)
2 ulas bawang merah - 1 ulas dihiris, 1 ulas potong pangkah separuh,jangan putus
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
4 sudu makan serbuk kurma adabi
1 biji ubi kentang
1 bujut sup adabi (kalau suka)
1 cawan santan pekat
Air
Minyak utk menumis

Cara2:-

1) Bersihkan ayam,ketepikan
2) Panaskan minyak,tumis bawang merah.bawang putih,halia hingga wangi.masukkan rempah kurma yg dibancuh dengan air.masukkan jugak sup bunjut.tumis hingga pecah minyak.
3) Masukkan ayam,bawang yg dibelah (tak putus).Masak hingga empuk.Masukkan ubi kentang yg di potong dadu.tambah air jika perlu.Kemudian masuk santan.kalau nak pekat,boleh letak kerisik,tp ida tak letak pn sebab suami suka kuah.Biar mendidih sekejap,dan siap.

ok tu je..selamat mencuba..papai

Nasi Minyak Ala Ida

Tentu ramai yang suka makan nasi minyak kan..tapi tak tahu nak masak sendiri bila teringin..lagipun yang masak kat kenduri tu kadang2 bukan sedap pn,nasi lembik la..nasi tak masak la.pernah ida sendirik frust bila terpaksa berebut2 nak ambik nasi tapi nasi mentah..sejak tu ida nekad nak belajar masak sendiri nasi minyak ni..so jom kita masak..ni resepi paling simple..

Nasi Minyak Ala Ida

Bahan2:-

4 cawan Beras basmathi 
1 tin susu cair
2 cawan air
1 ulas bawang merah (saiz bsr)-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
1 inci halia-hiris
1 batang kulit kayu manis
sekuntum bunga lawang
3-4 kuntum bunga cengkih
4 sudu makan minyak sapi
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
1 helai Daun pandan
Kismis (jika suka)
Bawang goreng (jika suka)

Cara2:-

1) Cuci beras dan toskan dan masukkan ke dalam rice cooker.
2) Panaskan minyak sapi,tumiskan bawang merah,bawang putih,halia,kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih sehingga garing.kemudian tuangkan bahan goreng sekali dengan minyak sapi tu ke dalam rice cooker yang berisi beras tadi.
3) Masukkan sekali susu cair,air, kismis,daun pandan, dan garam secukup rasa.
4) Bila rice cooker dah bertukar ke warm,titiskan beberapa titik pewarna kuning.actually taknak letak pewarna pun takpe.saje je nk bagi menarik.gaul sedikit..jangan beria2 sangat gaul tu,nanti nasi jadi kuning terus.kita just nak tompok2 kuning je.then masukkan bawang goreng..
5) Itu je..dah siap pun..bukan susah.boleh makan dengan masak kurma or ayam masak pedas.pekena lak dengan acar timun..perrrgghhhh..best..

Macam tu je nak masak nasi minyak..senangkan..kalau tak tahu nak masak kurma,nanti ida ajarkan..
ok tu jer..papai