Ahad, 25 September 2011

Hukum menggantung foto..

Fuh..penat aku mengesearch apa2 artikel yg membahaskan tajuk ni..tapi takde 1 pun yg memuaskan hati aku..persoalan aku masih belum terjawab..nampaknya kene cari ustaz jugak ni..apa2 pun aku share la jugak utk peringatan buat diri sendiri kelak..



Menggantung gambar-gambar foto mmg dh jadi satu kelaziman dalam masyarakat kita betul tak?. Mana2  tempat kita pergi, baik pejabat, sekolah maupun rumah kediaman, kita akan nampak foto-foto digantung atau diletak di sana sini, baik foto para pemimpin negara,ahli politik atau foto-foto ahli keluarga, gambar kawin serta gambar menerima ijazah. Jadi perbuatan menggantungkan gambar-gambar fotografi ini telah diterima oleh masyarakat kita..Tapi..masa aku buat baca yasin utk masuk rumah baru 1 thn yg lepas,abg ipar aku suruh simpan gambar2 yg aku gantung kat dinding..ada ustaz nak datang katanya..apa pulak kata ustaz tu nanti..angin 1 badan jugak la aku sebab mcm la aku ni tak tahu hukum..sia2 je la aku sekolah tinggi2,masuk sekolah agama dan masuk uni dulu..(perasaan aku yg jahil masa tu la..hihihi)..


Memang aku dari kecik dah tau pasal hadis yg kata malaikat rahmat tak masuk rumah yg ada patung dan gambar..tapi pada pemahaman aku gambar yg dimaksudkan tu ialah lukisan potret makhluk bernyawa termasuk la gambar yang menjurus kepada pemujaan seperti gambar berhala dan sebagainya..tapi kalau gambar fotografi yg diambil dgn kamera hukumnya harus selagi gambar itu tak mendedahkan aurat,tak menjolok mata dan gambar separuh jer..melalui pembacaan aku pun rata2 bersependapat bahawa gambar yang dihasilkan oleh kamera terkecuali dari perbahasan hukum lukisan, ukiran dan membuat patung yang jumhur ulamak mengharamkan jika bertujuan menandingi ciptaan Tuhan. Ini bermakna hukum bergambar dengan kamera adalah harus. Keharusan ini tidak meliputi gambar-gambar lucah dan gambar tokoh atau binatang yang ada hubungan dengan kebatilan dan ahli maksiat.Oleh itu jika dihukumkan gambar foto itu harus dan bukannya haram, maka menggantungkannya pun diharuskan pada hukum asal. Namun jika ianya digantung untuk dipuja – umpamanya:- gantung pastu letak kalung bunga pastu kasi colok pastu mengadap simayang – pasti tiada kesangsian pada kejinya perbuatan tersebut dan haramnya, bahkan suatu kesyirikan atau yang menjurus kepada syirik. Namun kalau semata-mata menggantung, bukan dengan niat memuja atau memuliakannya, sebab yang menggantungnya itu orang Islam yang beriman, yang tidak sewajarnya kita berprasangka buruk kepadanya, kenapa harus ada prasangka jahat menuduh bahawa saudara yang beriman ini memuja gambar???? Jika begitu, apakah harus kita berprasangka bahawa setiap mukmin yang menggantung gambar pemimpin, baik pemimpin negara maupun parti, akan dianggap sebagai memuja-muja mereka melebihi Allah dan rasulNya? Sebenarnya, ia terpulanglah dengan niat dan tujuan masing-masing, jika baik niatnya maka baiklah balasannya dan jika jahat maka jahatlah pula jadinya, dengan mengambilkira keadaan foto tersebut juga.


Tidak mengapa (yakni HARUS) hukumnya mengedar gambar-gambar fotografi atau menggantungkannya. Ini adalah kerana gambar fotografi hanyalah suatu upaya penahanan atau perakaman imej (yakni imej sesuatu itu ditangkap atau hanya dirakam dengan sejenis alat seperti kamera umpamanya). Maka tidaklah ada padanya usaha untuk menyaingi penciptaan Allah yang mana warid amaran bagi orang yang membuat lukisan (yakni imej yang ditahan atau dirakam itu tetap imej ciptaan Allah dan bukannya sesuatu yang dibuat oleh seseorang. Maka tidak timbul rekayasa si pelukis untuk mencipta sesuatu seolah-olah hendak menyaingi ciptaan Allah SWT). Ini adalah apabila foto tersebut bukannya foto bogel atau foto yang boleh menimbulkan fitnah. Yang dimaksudkan dengan “tashwir @ membuat gambar” yang diancam dalam hadits adalah pembuatan patung-patung yang sempurna bentuknya, di mana terdapat padanya upaya untuk seolah-olah menyaingi ciptaan Allah ta`ala. Oleh itu merakam gambar secara fotografi walaupun juga dinamakan sebagai “tashwir” tidaklah haram kerana tidak wujud `illah tersebut padanya dan sesuatu hukum itu bersama dengan illahnya sama ada wujud atau tidak. Merakam gambar fotografi pada hakikatnya hanyalah penahanan @ rakaman imej dan ianya tidaklah dinamakan sebagai “tashwir” melainkan secara majaz sahaja. Ketetapan bagi sesuatu hukum adalah berdasarkan kepada yang dinamakan dan bukannya pada namanya.


Kepada yang merasakan ianya tidak sebagaimana difatwakan, maka dia berhak dengan pendapatnya sebagaimana aku juga berhak untuk mengikut pendapat mana yang hendak aku jadikan pegangan kerana persoalan ini hanyalah berkaitan isu furu` fiqhiyyah yang tidak lepas daripada khilaf. Berlapang dadalah wahai saudara-saudara seagama, moga kita semua dirahmatiNya dan dapat beramal soleh dengan aman tanpa gangguan suara-suara sumbang.
Cuma yg aku nak tahu,kalau gambar hasil fotografi tu hukumnya harus,adakah bermaksud kalau gantung dalam rumah tu maka malaikat akan masuk rumah kita..orang kata elakkan la benda2 syubhah..cuma nafsu dan keinginan manusia ni kan macam2..aku ni suka sangat gantung gambar family kat dinding..sebagai kenangan jer pun..

Wallahua'alam..

Tiada ulasan: