Selasa, 27 September 2011

Keterlampauan Keboringan..

Tiap2 ari persoalan yg sama jer aku fikir..kenapa aku belajar tinggi2 tapi aku menganggur?..mula2 aku ingat resume aku tak laku..tapi bila diingat balik banyak gak panggilan interview aku terima..tapi..hubby tak bagi..huwaaaaa..so kenapa aku masih nak apply kerja kalau hubby tak bagi kerje..aku sebenarnya tak faham la..aku mintak nak buat lesen,dia tak izinkan..bukan aku nak pakai duit dia pun..pastu bila ada panggilan interview,dia taknak hantar pulak..alasannya,kerja la,tempat kerja tak elok la,and the last one dia tanya aku,kalau nak kerja nanti nak gi kerja macam mana?..aik..setelah aku nak ambik lesen kereta dia tak bagi tetiba dia tanya aku macam tu lak..
Moral of the story,masa bujang tu kamu bina la kerjaya siap2,ambik lesen kereta siap2,buat apa sahaja yg kamu nak buat utk hidup kamu..kalau dah tercapai semua baru la kamu gatal nak kawin..bila dah kawin baru kamu nak buat suma2 tu jawabnya jadi macam aku la..terkongkong,teraniaya,terseksa,bla..bla..bla..ijazah aku tu pulak sekadar simpanan dalam fail jer..6 tahun belajar sudahnya ke ceruk dapur jugak..kalau dah nama menganggur tu almaklum je la..teringin nak beli apa2 tapi air liur je yang meleleh..mana ada duit nk beli..bila mintak dengan suami nanti dia cakap awak ni suma nak beli..pulak dah..emmm..memang sakit jiwa dibuatnya..lagi satu kalau dah kawin ni employer tak pandang sangat la kalau nak ambik kerja..diorang mesti nak ambik yg bujang trangtangtang jer ye dak?..mcm perodua tu..dh brp kali aku apply tp tak layan pun..rupanya org yg kerja kat ofis tu cakap bini orang memang manager tak layan..kalau janda,atas pagar,tp kalau anak dara konfirm panggil interview..
Aku ni study dulu pinjam duit ptptn tp skrg tak mampu nak bayar sbb tak kerja..kalau kata husna esok2 nak masuk uni,dah tentu2 la ptptn tak nak bagi pinjaman dah sebab ibunya tak bayar hutang..tapi kalau boleh aku tak nak la husna pinjam duit ptptipu tu esok2..aku nak menabung utk dia,aku tak kerja,mana nak datang duit?..setakat duit belanja hubby bagi tiap2 bulan berapa la sgt..aku suruh la hubby msk barang 10 ke 20 sebulan dalam akaun husna,haghaaaaammm jugak..nampaknya aku kena start cari alternative lain utk dapatkan duit..tak blh nk harapkan suami..atleast kalau dapat bayar ptptn and masuk akaun husna pun dah alahamdulillah..so skg aku tengah timbang2 nak buat bisnes online cuma belum tahu lagi bisnes apa..kalau ikutkan kemahiran aku banyak..aku boleh menjahit baju kurung pesak,jubah,dan baju kurung moden..jahit manik pun boleh..jahit langsir pun boleh..sulam silang pangkah pun boleh..jahit alas2 perabut rumah pun boleh..emmm..banyak tu yg boleh..nak buat bisnes pun kira layak sangat lak..degree bisnes pun ada..bak kata org tu nak seribu daya tak nak seribu dalih..cuma sekarang ni nak cari modal dulu..bila suma dah confirm maka boleh la dijalankan bisnes aku ni..hihihi..

Wassalam..

Tiada ulasan: