Kali ni entry aku lebih kepada educational entry..xder sangkut paut dgn apa yg aku buat sehari2..kdg2 kena gak switch kpd sesuatu yg lbh terarah kpd maturity..bersesuaian lah dgn kelulusan aku sebagai pemegang ijazah..betul tak?
Aku nak bercerita pasal 1 situasi yg jarang2 berlaku tapi ada terjadi..situasi dimana pasangan (lbh mengkhusus kpd suami) sedang dalam proses perubahan..maksud aku proses transformasi kearah sesuatu yg lebih baik..
Ada tak dikalangan para isteri (klu ada la sang isteri yg membaca entry aku) berada dlm situasi suami sdg berhijrah drpd seorg yg jarang ke masjid/surau kpd seorg yang sgt rajin berjemaah di masjid/surau..drpd seorang yg baca Quran pun tergagap2 kpd seorg yg sgt rajin membaca Quran..emmm..ada tak?..
Bunyi mcm 1 perubahan yg positif kan?..selalunya perempuan suka lelaki yg soleh ni dan tentu la isteri suka suami berubah mcm ni kan?..
TAPI..mcm mana lak kalau kalian berada dalam situasi berikut:-
1) Ya btl suami sdg berubah tapi apa si isteri rasa kalau sedang dia sibuk2 masak utk suami,dan kebetulan ada anak kecik yg sgt hiper active yg rajin sgt nak membantu tp sebenarnya menyusahkan lagi ibunya..melembang habis barang kat dapur..dalam keadaan mcm ni tentunya isteri perlukan suami utk jaga anak sekejap sementara isteri masak kan?..tapi suami buat tak tahu sambil baca Quran tgh2 ari buta..isteri tdk blh bersuara krn apa yg suami sdg buat adalah berkaitan dgn sesuatu yg sukar utk dikritik..ianya berkaitan dgn agama..walaupun suami tdk membantu isteri,tp dia sedang menambah koleksi pahala dia..TAPI..patut kah suami menggunakan alasan sdg membaca Quran utk meng'excuse'kn dirinya dari membantu isteri?..
2) Seharian suami keluar bekerja,isteri menguruskan rumah dan anak2 sendirian..tiada masalah kerana seorang ibu itu memang hebat..boleh melakukan banyak perkara sendirian tanpa bantuan..dan kdg2 suami pun blm tentu dpt buat apa yg seorg isteri buat..tapi dlm sesetengah hal,isteri masih perlukan suami utk membantu kan?..dan isteri menunggu suami pulang kerja dgn harapan blh minta tolong..TAPI..suami balik kerja malam,mandi,bersiap2 dan ke surau utk solat berjemaah..si isteri tunggu sampai tertidur..sekali lagi,si isteri tak blh merungut disebabkan suami melakukan sesuatu yang baik..dan sekali lagi suami ada alasan yg kukuh utk tidak menolong isteri.
3) Isteri sedang mengemas,katakan tgh lipat baju..sepatutnya suami tolong jaga anak sebab budak2 sdg membesar ni mmg suka melembang..nanti sia2 je isteri melipat tapi anak lembang..tapi tetiba suami keluar pergi solat di surau..anak lak menangis meraung2 nak ikut ayah katanya..suami dgn muka tak bersalah ckp kat isteri, ambik anak ni saya nak gi surau..dan anak ditinggalkan menangis dan siapa yg kene pujuk?..isteri jugak..dan sekali lagi isteri tak blh protes sbb suami pergi surau..bukan pergi clubing..
Emmm..aku selalu terfikir tentang situasi mcm ni...pernah tak kamu terfikir yang suami kamu melakukan ibadah itu semuanya untuk diri dia sendiri..tiada bahagian pun utk diri kamu?..bahagian isteri cuma pahala diats ibadah menjaga anak2,sediakan makan minum suami,serta menjaga harta suami..
Aku juga selalu terfikir..kita sebagai perempuan,dari kecik dibesarkan ayah ibu..brp susah diorang nak besarkan kita..bila dah besar,kita jumpa pasangan,kita kawin,dan kita ikut suami,dan tinggalkan ayah ibu.kemudian kita mengabdikan diri menjaga makan minum suami,jaga harta benda dia,sedangkan kita baru jer kenal dia..dan apa yg kita dapat selain ibadah itu?..gaji?..xder pun..nak beli apa2 pun susah kalau isteri yg tak bekerja..rasanya amah lagi mewah dari kita kot..sepatutnya kita mengabdikan diri kepada kedua ibu bapa yg membesarkan kita dr kecik..bukannya lelaki yang dulunya asing bagi kita.sepatutnya kita masak utk ayah ibu kita bukan dia..sepatutnya kita kemas rumah ayah ibu bukan dia?..ada tak yg berfikir mcm aku?..tapi apa2 pun isteri kene jugak ingat,tak semua diantara kita bernasib baik mendapat suami yg baik,rajin,sporting,understanding dan bertolak ansur.
Dan utk lelaki,jgn la kamu menggunakan peluang beribadah itu dengan tidak secara lansung menjadikannya alasan utk tidak membantu isteri dirumah..ingat la bahawa membantu isteri juga 1 ibadah..sedangkan Rasulullah pun buat kerja rumah,apatah lagi kita umat dia.jangan lah kamu tamak mengejar pahala diluar sehingga kamu mengabaikan peluang membuat pahala dirumah..apa guna kamu sembahyang dan mengaji tapi kamu lalai dlm tanggungjawab dirumah..terfikir kah kamu wahai suami..isteri juga rindu utk solat berjemaah di masjid,isteri juga rindu utk solat terawih dimasjid,isteri juga rindu utk solat hari raya di masjid..jgn la bila isteri ckp "asyik abg jer g surau,saya pun nak jugak"..dan kamu jgn la jawab "xder sapa larang pun..pergi la..bwk jer ank tu letak sebelah"..kalau nak bercakap tu guna la otak..walau apa pun alasan kamu berubah,kamu tidak seharusnya tamak utk diri sendiri..
peace..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan