Sabtu, 24 September 2011

Hukum menyimpan teddy bear..

emmm..tazkirah ari ni..hihihi..
Apa hukumnya menyimpan anak patung seperti teddy bear?..sebenarnya isu ni mmg dibangkitkan dh masa study kt uni dulu..ye lah masa tu kn remaja lagi,excited la nak buat koleksi teddy bear kat bilik..so sebelum nak buat tu kami tanya la dulu ustaz/ustazah tentang hukumnya..dan apa yg mereka explain,terletak pada niat..kalau setakat nak buat peluk masa tido dibolehkan..tapi kalau bertujuan untuk memuja or nak sembah mcm berhala,dah tentu la haram..Secara dasarnya menyimpan patung dianggap harus jika ada faedah seperti untuk mainan anak-anak dan dan dianggap haram jika digunakan untuk penyembahan.
Tapi setelah aku berkahwin,family suami aku ni agak particular sikit bab2 hukum hakam ni..ank saudara aku cakap tok diorg tak bagi simpan teddy bear..klu ada,kene buang..haraaaaaammm....Pi mai Pi mai aku lak yg jadi confius..eh btl ke haram..mula la si syaitan dtg menghasut aku jd org yg was-was..Astaghfirullahalazim...so cepat2 aku search kt internet kot ada artikel2 yg membahaskan hal ni..emmm...memang bnyk..

Secara umumnya, Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir. Sekalipun seseorang itu tidak menganggap patung tersebut sebagai tuhan dan tidak menyembahnya, ia tetap ditegah kerana Islam bukan sekadar melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik.

Mengenai hukum orang Islam memiliki patung, al-Qaradawi di dalam "Fatawa Muasirah" berkata Islam mengharamkannya, sama ada patung manusia mahupun patung binatang. Pengharaman itu menjadi lebih kuat jika patung itu merupakan makhluk yang disanjung tinggi seperti raja, nabi sepertimana Nabi Isa a.s. di kalangan orang Kristian dan lembu di kalangan orang Hindu. Menurut beliau, ada satu jenis patung saja yang diharuskan oleh Islam untuk dimiliki, iaitu patung mainan anak-anak kerana ada riwayat daripada Rasulullah SAW yang memberi rukhshah (kelonggaran) mengenainya. Kelonggaran dan pengeculian ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. berkata yang maksudnya,“Aku biasa bermain-main dengan patung anak-anak perempuan di sisi Nabi SAW dan aku ada beberapa orang kawan bermain-main bersama-samaku. Apabila Baginda masuk, mereka menyembunyikan (patung-patung tersebut) daripada Baginda, Baginda membiarkan mereka untuk bermain-main bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)
Syeikh Gadul Haq, Bekas Syeikh al-Azhar, mempunyai pendapat yang sama dengan al-Qaradawi. Beliau membenarkan patung untuk pendidikan seperti patung mainan anak-anak dan berpendapat harus hukumnya bagi patung separuh tubuh dan mudah rosak yang diperbuatkan daripada tepung (atau bahan-bahan lembut seperti plastesin dll). 
Syeikh Atia Saqr dalam fatwanya, membolehkan patung mainan anak-anak, patung cepat rosak dan patung separuh badan. Selain itu patung yang tiada salah satu anggota badan yang penting seperti kepala juga boleh dimiliki orang Islam, tetapi hukumnya adalah makruh. (Kepala merupakan anggota penting bagi tubuh. Manakala kaki tidak penting, kerana manusia masih mampu hidup tanpanya). 
Menurut Syeikh Saqr, Imam Malik menganggap harus hukumnya memiliki patung yang lengkap seperti seorang manusia, tetapi dengan syarat ia berlubang walaupun sangat kecil. (untuk mencacatkannya). Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mengenakan syarat patung lengkap itu mesti mempunyai lubang yang besar. Ini termasuk juga patung mannequin yang digunakan untuk mempamerkan pakaian di butik-butik dan gedung-gedung pakaian. 


So drp artikel2 tersebut,dapat la aku simpulkan hukum mengenai patung adalah dilihat pada matlamat penggunaannya. Apakah ia merupakan hiasan yang termasuk daripada nikmat Allah ataupun ia merupakan sembahan seperti berhala?..tapi kita kene ingat jugak..Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)..Malaikat enggan memasuki rumah yang mempunyai patung di dalamnya dan ketiadaan para malaikat ini akan menjauhkan rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada penghuni rumah tersebut.
Patung yang kanak2 main tu biasanya tidak dimuliakan yakni boleh dipeluk2, dipijak2,dilenyet2, dihumban, dan sebagainya..jadinya si anak2 remaja muda mudi ni elakkan la menyimpan patung seperti memeluknya ketika tidur atau sebagai koleksi di atas rak di dalam bilik tidur kerana apa yg diperlakukan oleh anak gadis remaja tu ialah penghormatan dan memuliakan patung..tambahan pemiliknya bukan kanak2.. Maka langkah terbaik dan selamat ialah tidak menyimpan patung-patung tersebut sama ada di dalam rumah, pejabat, kereta atau di mana-mana sekalipun kerana ditakuti ia menjebakkan kita di dalam perbuatan haram dan syirik tanpa sedar, jika terdapat unsur atau bertujuan penyembahan dan pengagungan.

emm..so husna..main la dgn baby kamu tu sementara kamu masih kanak2 ni..dh besar nanti ibu bakar semua..hihihi..


Wallahu 'alam..




Tiada ulasan: