logik ke tidak..kita ada kereta,tp kita bg kat orang,pastu kita nk beli lain,sedangkan umah kita,pinggan nk mkn nasi pn xder..kn ke bgs klu guna duit tu utk beli pinggan instead of beli kereta baru?..last2 dh 3 thn berlalu masih tak mampu nk beli kereta lain..pinggan pn x nmpk bayang..
logik ke tidak..kita dh ada sofa tp kita bg kt org,pastu kita nk beli lain,sedangkan isteri dh 3 thn mntk belikan mesin kek x dpt..apa guna semayang tonggeng tonggak smpai lekuk dahi tp jadi org munafik yg hanya pandai buat janji tp tunai x tau..
logik ke tidak..isteri nak ambik lesen kereta kita tak bagi dan bila isteri nak keje,kita kata,nanti nak gi keje mcm mana..awak bukan ada lesen nak bwk kereta..
logik ke tidak..kera dihutan disusukan,anak dirumah mati kelaparan..kenapa dgn org lain kita tak kedekut tapi dgn anak isteri kita berkira..apa mereka (org lain) itu kah yg jaga kita masa kita sakit,mereka kah yg akn jaga kita bila kita dh tua.even mak kita pn blm tentu akn jaga kita bila kita tua sbb mungkin masa tu dia pn dh takder..
logik ke tidak..anak orang berat 10kg kita rajin nk mendukung tapi anak sendiri berat 5kg liat sungguh kita nk dukung..nk usap kepala dgn kata2 syg pn jarang..
logik ke tidak..kita tunjuk baik kat isteri masa dpn org jer..tapi belakang org sepatah sehari bercakap dgn isteri..tegur isteri masa nk pakai dia jer..selebihnya isteri kita buat mcm x wujud jer..
logik ke tidak..kita nak g bercuti,kita g cakap kat kakak ipar kita..tapi kat isteri tak cakap pun..tup tup kakak ipar lak yg tlg cakap kt isteri yg kita nak g bercuti..putar alam sungguh..
logik ke tidak..dlm situasi hujan lebat,kita nak blk kampung..ada isteri yg sarat mengandung,ada ibu kita yg tua..kita payungkan ibu masuk kereta.kita pun masuk kereta..daaaaannnn isteri kita biarkan terkontang kanting dgn sebelah tgn pegang payung dan sebelah lagi nak kunci mangga pintu pagar tertonggeng2..logik ke tidaaaaakkkk????..syurga memang di bawah tapak kaki ibu tp tak bererti isteri kita blh penyet2..
dalam dunia ni memang banyak benda yg x logik..renung2 kan..selamat beramal..
Sabtu, 15 Oktober 2011
Jumaat, 14 Oktober 2011
tangani stress dgn solat..
Dalam kehidupan, kita akan mengalami stress. Stress ini perlu, tetapi Stress yang melampaui itu yang bahaya,Jadi Ibu kepada Pengurusan Stress ialah:Solat.
Nabi mintak rehat dengan Solat sbb ketika itu kita dekat dgn Allah, kita adukan segala masalah pada Allah. Mahatma ghandi juga ada mengatakan, “kalau sy tak sembahyang dah lama sy akan jd orang sakit jiwa.”
Kita TAK boleh kawal arah angin yg dtg tapi kita BOLEH kawal pelayaran kita. Kita Tak Dapat halang UJIAN yg dtg kepada kita tetapi kita boleh kawal dan MENANGANI Ujian itu dgn baik InsyaAllah dengan Rapat dan Akrab dengan Allah,InsyaAllah tidak ada mudharat kerana sentiasa diperlihara Allah. Surah al-Insyirah ayat 5 dan 6, Setiap kesulitan itu ada kemudahan..

Selasa, 11 Oktober 2011
Pesanan Untuk Suami
Pesanan untuk Mohamad Ali walaupun tak mungkin sama sekali untuk dia baca blog aku ni tapi aku nak jugak tuju kat dia..isk..isk..isk..
Pesanan Buat Suami..
1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Isnin, 10 Oktober 2011
Ahad, 9 Oktober 2011
Doa sewaktu bersujud & keistimewaannya..
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.
Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"
Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"
KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati."
Wassalam
Jumaat, 7 Oktober 2011
Bihun Sup Pasar Malam versi sedap..
Peliknya nama resepi..bukan apa..kalau yg jual kat pasar malam tu tak sedap..yg ni sedap..hihihi
Bahan2:-
1/2 ekor ayam
1 ulas bawang merah (besar)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sup bunjut adabi
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Minyak utk menumis
Air secukupnya
Garam
Serbuk perisa
Bihun
Untuk hiasan dan ulam:-
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Limau Kasturi
Tauge
Sambal kicap:-
Cili Padi
Kicap
1 biji limau kasturi
Cara2:-
1. Bahagian isi ayam, bersihkan,perap dengan garam dan kunyit dan goreng..dah masak,siat2 halus isi ayam tu..ketepikan.
2. Bahagian yg ada tulang pulak bersihkan dan ketepikan..Kisar halus bawang merah,bawang putih,dan halia..tumis bahan kisar sehingga naik bau bersama kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga..gunakan minyak yg sedikit jer..Kemudian masukkan ayam tadi bersama air dan sup bunjut..Renehkan sehingga ayam empuk..Rasakan dengan garam dan serbuk perisa dan siap..
3. Bihun hendaklah dicelur dan toskan..
4. Untuk sambal kicap,kisar kering cili padi..masukkan dalam mangkuk,masukkan kicap dan perahkan limau kasturi..
5. Cara hidangan,masuk bihun dalam mangkuk,masukkan sup,taburkan isi ayam yg disiat tadi,tauge,bawang goreng,sambal kicap,daun bawang,daun sup,dan perahkan limau kasturi..boleh juga taburkan kacang tanah kisar dan cili jeruk..siap utk dimakan..

Khamis, 6 Oktober 2011
22 Tanda Kiamat Makin Hampir
22 tanda hari kiamat semakin hampir :
1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Rabu, 5 Oktober 2011
Mulut orang bukan boleh kita tutup...
Bila kita jadi jahat, ORANG
BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita
BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata
"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT
KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni
macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET
BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni
KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopa n, ada orang kata kita ni
'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana- sini' ada orang kata kita ni
TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK
JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir- menyindir, ada orang kata "TAK RETI
BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK
SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI
WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL
PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"
=>Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati
dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.
Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah
sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih
ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah
yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan
ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan
pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT.
dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia
mati..

Selasa, 4 Oktober 2011
Air Asam Simple
Bahan2:-
Air asam jawa (kepekatan dan sukatan terpulang pada selera)
1 biji tomato (dihiris nipis)
Cili (terpulang nak pedas atau kurang-dihiris nipis)
Sedikit belacan
1/2 biji bawang merah saiz sedang (dihiris nipis)
1 biji perahan air limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
Cara2:-
1. Campurkan air asam jawa,perahan limau,belacan, garam dan gula, kacau sehingga sebati.
2. Masukkan hirisan tomato,cili,dan bawang.Dah siap..sedap dicicah dengan daging bakar atau ikan bakar.
Isnin, 3 Oktober 2011
Puyuh Masak Lemak Cili Api
Bahan2:-
3 ekor burung puyuh (dipotong 4)
1 ulas bawang merah
1 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
15 biji cili padi
sehelai daun kunyit (optional)
1 keping asam
2 cawan santan
Garam
Serbuk perisa
Cara2:-
1. Perap burung puyuh dgn air limau kasturi sebentar dan bersihkan.ketepikan..
2. Kisar halus bawang merah,serai,kunyit,dan cili padi..
3. Masukkan bahan kisar dalam periuk,masak hingga naik bau.masukkan asam keping dan daun kunyit.
4. Selepas tu masukkan burung puyuh,masak sehingga dagingnya empuk.Bila dah empuk,masukkan santan..reneh sekejap..Masukkan garam dan serbuk perisa secukup rasa..jangan reneh terlalu lama takut pecah minyak..ok dah siap..
Khamis, 29 September 2011
Ego dan Lelaki..
Memang tak dapat nak dinafikan lagi lelaki tak boleh nak dipisahkan dari ego..tapi bukan la aku nak nafikan pulak yang tak ada lansung perempuan ego..ada tu memang ada sebab setiap manusia ni ada keegoan masing2 cuma tahapnye berbeza2..tapi kalau ego lelaki ni memang tak dpt disangkal lagi sgt la tinggi..berapa kerat je la lelaki yg buang ego dia jauh2 demi kasih sayang pada seorg wanita..kalau la aku dapat lelaki mcm tu alangkah bertuahnya badan..
Wahai lelaki diluar sana,aku tahu mungkin susah utk kamu mengenepikan keegoan drpd hidup kamu tapi apa salahnya kalau kamu mencuba demi kebahgiaan bersama kan?????..
Apa yg seorg lelaki perlu faham tentang perempuan ialah,kami kaum hawa ni suka pada kecantikan..mempunyai keinginan yg tinggi utk berhias cantik2,bersolek,berfesyen up to date,bergaya..apa susah sangat ker kamu nak faham..apa kamu tak suka tgk isteri kamu cantik..memang la dlm islam isteri diwajibkan berhias hanya utk suami..tapi selagi isteri tidak melanggar batas,tdk berpakain menjolok mata,kan tak salah..cuba la kamu berfikiran positif..kan kalau isteri berpenampilan menarik bagus utk suami..sudah tentu tak akan menjatuhkan kredibiliti seorg suami..menjaga aib suami..cuba kalau isteri pakai baju koyak,nanti org cakap suami tak bagi nafkah kat isteri utk beli baju..kan tak bagus tu..dan kamu suami,pernah kamu terfikir utk menjaga aib isteri kamu?..rasanya kamu tak berkisah kot utk pakai baju buruk,lusuh semasa keluar dgn isteri kamu..ada kamu terfikir yg isteri kamu malu berjalan sebelah kamu kalau kamu berpakaian mcm tu?..tak ada kan?..
Berapa ramai diluar sana lelaki yg pakai seluar dalam berlubang?..dan aku pasti tak ada kot perempuan yg nak pakai seluar dalam berlubang..itu la bezanya kamu dan perempuan..jesteru itu kamu kena faham sifat2 seorang perempuan..kalau nak keluar,tak payah la bising kalau isteri lambat bersiap,jgn la marah2 kalau isteri nak bergaya dgn shawl lilit2 dan jgn la larang kalau isteri nak bawak handbag tak kira la apa alasannya..kadang2 destinasi kita nak pergi tu 5km jer dari rumah,tapi kalau itu pesta keramaian yg dah tentu2 ada ramai org,biar la isteri nak pakai lawa2,nak bawak beg..persoalannya bukan jarak tapi occation..seorang perempuan tahu la mcm mana nk setting pakaian dia..takkan nak gi kenduri pakai jeans n t-shirt hanya kerana kenduri tu depan rumah jer..lain la lelaki,ke langit mana pun kenduri,yg dipakainya t-shirt n jeans jer..kalau isteri tegur mula la keegoan tercabar,nak marah.then gaduh..
Berapa ramai lak suami yang ambik tahu apa makanan kegemaran isteri,apa rancangan isteri suka tgk,apa baju isteri suka pakai,apa hobi isteri?..kurang kot yg ambik tahu..tapi seorang isteri boleh tahu macam2 tentang suami..tak suka makan apa,suka citer apa..hobi apa..semua tahu..
Lagi satu,bila 'bersama' dengan isteri,jangan la hanya fikir kepuasan diri sendiri jer..isteri dibiar terkapai2..kena jugak ambik tahu apa kesan terhadap isteri jika dia tidak mencapai tahap klimaks semasa bersama suami..emosinya mcm mana,moodnya mcm mana..kene ambik tahu semua tu..jangan pandang remeh..nanti kalau isteri dah bosan,lain kali malas nak layan,mula la nak marah2 isteri (tahu lak dia marah),kata derhaka la..mcm dlm citer Ijtihad kt TV3 tu..siap keluar hadis bagai..yang dia siang2 buta mintak isteri layan dia tu apa hal..
Aku teringat lak kes baru2 ni yg suami pukul isteri depan khalayak ramai sebab tak sabar menunggu isteri shopping lama sangat..kalau aku pun kalau menunggu lama,aku memang tak sabar jugak..tapi patut ker kamu memalukan dia depan orang ramai..cuba la bawak sabar dan fikir positif..isteri boleh tunggu kamu lama2 masa kamu nak beli mesin pancing kat kedai pancing tu,isteri boleh tunggu kamu solat kat stesen minyak,isteri boleh tunggu kamu melepas kat tandas awam,isteri boleh tunggu kamu bersembang dgn kawan yg kamu terserempak kat mana2..kenapa kamu tak boleh nak tunggu isteri pilih tudung sehelai sekali sekala,nak beli bunga nak gubah..tak boleh sabar?..
Jangan ingat kamu lelaki,kuat drpd perempuan n syurga isteri dibawah tapak kaki kamu,kamu boleh action sewenang2nya..cubalah bersepakat..bukan rugi apa pun..utk kebaikan bersama jugak..baru la rumahtangga aman bahagia..kalau boleh taknak la tunggu dipintu syurga tapi masuk syurga bersama2..InsyaAllah..
Peace..

Selasa, 27 September 2011
Keterlampauan Keboringan..
Tiap2 ari persoalan yg sama jer aku fikir..kenapa aku belajar tinggi2 tapi aku menganggur?..mula2 aku ingat resume aku tak laku..tapi bila diingat balik banyak gak panggilan interview aku terima..tapi..hubby tak bagi..huwaaaaa..so kenapa aku masih nak apply kerja kalau hubby tak bagi kerje..aku sebenarnya tak faham la..aku mintak nak buat lesen,dia tak izinkan..bukan aku nak pakai duit dia pun..pastu bila ada panggilan interview,dia taknak hantar pulak..alasannya,kerja la,tempat kerja tak elok la,and the last one dia tanya aku,kalau nak kerja nanti nak gi kerja macam mana?..aik..setelah aku nak ambik lesen kereta dia tak bagi tetiba dia tanya aku macam tu lak..
Moral of the story,masa bujang tu kamu bina la kerjaya siap2,ambik lesen kereta siap2,buat apa sahaja yg kamu nak buat utk hidup kamu..kalau dah tercapai semua baru la kamu gatal nak kawin..bila dah kawin baru kamu nak buat suma2 tu jawabnya jadi macam aku la..terkongkong,teraniaya,terseksa,bla..bla..bla..ijazah aku tu pulak sekadar simpanan dalam fail jer..6 tahun belajar sudahnya ke ceruk dapur jugak..kalau dah nama menganggur tu almaklum je la..teringin nak beli apa2 tapi air liur je yang meleleh..mana ada duit nk beli..bila mintak dengan suami nanti dia cakap awak ni suma nak beli..pulak dah..emmm..memang sakit jiwa dibuatnya..lagi satu kalau dah kawin ni employer tak pandang sangat la kalau nak ambik kerja..diorang mesti nak ambik yg bujang trangtangtang jer ye dak?..mcm perodua tu..dh brp kali aku apply tp tak layan pun..rupanya org yg kerja kat ofis tu cakap bini orang memang manager tak layan..kalau janda,atas pagar,tp kalau anak dara konfirm panggil interview..
Aku ni study dulu pinjam duit ptptn tp skrg tak mampu nak bayar sbb tak kerja..kalau kata husna esok2 nak masuk uni,dah tentu2 la ptptn tak nak bagi pinjaman dah sebab ibunya tak bayar hutang..tapi kalau boleh aku tak nak la husna pinjam duit ptptipu tu esok2..aku nak menabung utk dia,aku tak kerja,mana nak datang duit?..setakat duit belanja hubby bagi tiap2 bulan berapa la sgt..aku suruh la hubby msk barang 10 ke 20 sebulan dalam akaun husna,haghaaaaammm jugak..nampaknya aku kena start cari alternative lain utk dapatkan duit..tak blh nk harapkan suami..atleast kalau dapat bayar ptptn and masuk akaun husna pun dah alahamdulillah..so skg aku tengah timbang2 nak buat bisnes online cuma belum tahu lagi bisnes apa..kalau ikutkan kemahiran aku banyak..aku boleh menjahit baju kurung pesak,jubah,dan baju kurung moden..jahit manik pun boleh..jahit langsir pun boleh..sulam silang pangkah pun boleh..jahit alas2 perabut rumah pun boleh..emmm..banyak tu yg boleh..nak buat bisnes pun kira layak sangat lak..degree bisnes pun ada..bak kata org tu nak seribu daya tak nak seribu dalih..cuma sekarang ni nak cari modal dulu..bila suma dah confirm maka boleh la dijalankan bisnes aku ni..hihihi..
Wassalam..

Ahad, 25 September 2011
Hukum menggantung foto..
Fuh..penat aku mengesearch apa2 artikel yg membahaskan tajuk ni..tapi takde 1 pun yg memuaskan hati aku..persoalan aku masih belum terjawab..nampaknya kene cari ustaz jugak ni..apa2 pun aku share la jugak utk peringatan buat diri sendiri kelak..
Menggantung gambar-gambar foto mmg dh jadi satu kelaziman dalam masyarakat kita betul tak?. Mana2 tempat kita pergi, baik pejabat, sekolah maupun rumah kediaman, kita akan nampak foto-foto digantung atau diletak di sana sini, baik foto para pemimpin negara,ahli politik atau foto-foto ahli keluarga, gambar kawin serta gambar menerima ijazah. Jadi perbuatan menggantungkan gambar-gambar fotografi ini telah diterima oleh masyarakat kita..Tapi..masa aku buat baca yasin utk masuk rumah baru 1 thn yg lepas,abg ipar aku suruh simpan gambar2 yg aku gantung kat dinding..ada ustaz nak datang katanya..apa pulak kata ustaz tu nanti..angin 1 badan jugak la aku sebab mcm la aku ni tak tahu hukum..sia2 je la aku sekolah tinggi2,masuk sekolah agama dan masuk uni dulu..(perasaan aku yg jahil masa tu la..hihihi)..
Memang aku dari kecik dah tau pasal hadis yg kata malaikat rahmat tak masuk rumah yg ada patung dan gambar..tapi pada pemahaman aku gambar yg dimaksudkan tu ialah lukisan potret makhluk bernyawa termasuk la gambar yang menjurus kepada pemujaan seperti gambar berhala dan sebagainya..tapi kalau gambar fotografi yg diambil dgn kamera hukumnya harus selagi gambar itu tak mendedahkan aurat,tak menjolok mata dan gambar separuh jer..melalui pembacaan aku pun rata2 bersependapat bahawa gambar yang dihasilkan oleh kamera terkecuali dari perbahasan hukum lukisan, ukiran dan membuat patung yang jumhur ulamak mengharamkan jika bertujuan menandingi ciptaan Tuhan. Ini bermakna hukum bergambar dengan kamera adalah harus. Keharusan ini tidak meliputi gambar-gambar lucah dan gambar tokoh atau binatang yang ada hubungan dengan kebatilan dan ahli maksiat.Oleh itu jika dihukumkan gambar foto itu harus dan bukannya haram, maka menggantungkannya pun diharuskan pada hukum asal. Namun jika ianya digantung untuk dipuja – umpamanya:- gantung pastu letak kalung bunga pastu kasi colok pastu mengadap simayang – pasti tiada kesangsian pada kejinya perbuatan tersebut dan haramnya, bahkan suatu kesyirikan atau yang menjurus kepada syirik. Namun kalau semata-mata menggantung, bukan dengan niat memuja atau memuliakannya, sebab yang menggantungnya itu orang Islam yang beriman, yang tidak sewajarnya kita berprasangka buruk kepadanya, kenapa harus ada prasangka jahat menuduh bahawa saudara yang beriman ini memuja gambar???? Jika begitu, apakah harus kita berprasangka bahawa setiap mukmin yang menggantung gambar pemimpin, baik pemimpin negara maupun parti, akan dianggap sebagai memuja-muja mereka melebihi Allah dan rasulNya? Sebenarnya, ia terpulanglah dengan niat dan tujuan masing-masing, jika baik niatnya maka baiklah balasannya dan jika jahat maka jahatlah pula jadinya, dengan mengambilkira keadaan foto tersebut juga.
Tidak mengapa (yakni HARUS) hukumnya mengedar gambar-gambar fotografi atau menggantungkannya. Ini adalah kerana gambar fotografi hanyalah suatu upaya penahanan atau perakaman imej (yakni imej sesuatu itu ditangkap atau hanya dirakam dengan sejenis alat seperti kamera umpamanya). Maka tidaklah ada padanya usaha untuk menyaingi penciptaan Allah yang mana warid amaran bagi orang yang membuat lukisan (yakni imej yang ditahan atau dirakam itu tetap imej ciptaan Allah dan bukannya sesuatu yang dibuat oleh seseorang. Maka tidak timbul rekayasa si pelukis untuk mencipta sesuatu seolah-olah hendak menyaingi ciptaan Allah SWT). Ini adalah apabila foto tersebut bukannya foto bogel atau foto yang boleh menimbulkan fitnah. Yang dimaksudkan dengan “tashwir @ membuat gambar” yang diancam dalam hadits adalah pembuatan patung-patung yang sempurna bentuknya, di mana terdapat padanya upaya untuk seolah-olah menyaingi ciptaan Allah ta`ala. Oleh itu merakam gambar secara fotografi walaupun juga dinamakan sebagai “tashwir” tidaklah haram kerana tidak wujud `illah tersebut padanya dan sesuatu hukum itu bersama dengan illahnya sama ada wujud atau tidak. Merakam gambar fotografi pada hakikatnya hanyalah penahanan @ rakaman imej dan ianya tidaklah dinamakan sebagai “tashwir” melainkan secara majaz sahaja. Ketetapan bagi sesuatu hukum adalah berdasarkan kepada yang dinamakan dan bukannya pada namanya.
Kepada yang merasakan ianya tidak sebagaimana difatwakan, maka dia berhak dengan pendapatnya sebagaimana aku juga berhak untuk mengikut pendapat mana yang hendak aku jadikan pegangan kerana persoalan ini hanyalah berkaitan isu furu` fiqhiyyah yang tidak lepas daripada khilaf. Berlapang dadalah wahai saudara-saudara seagama, moga kita semua dirahmatiNya dan dapat beramal soleh dengan aman tanpa gangguan suara-suara sumbang.

Cuma yg aku nak tahu,kalau gambar hasil fotografi tu hukumnya harus,adakah bermaksud kalau gantung dalam rumah tu maka malaikat akan masuk rumah kita..orang kata elakkan la benda2 syubhah..cuma nafsu dan keinginan manusia ni kan macam2..aku ni suka sangat gantung gambar family kat dinding..sebagai kenangan jer pun..
Wallahua'alam..
Sabtu, 24 September 2011
Hukum menyimpan teddy bear..
emmm..tazkirah ari ni..hihihi..
Apa hukumnya menyimpan anak patung seperti teddy bear?..sebenarnya isu ni mmg dibangkitkan dh masa study kt uni dulu..ye lah masa tu kn remaja lagi,excited la nak buat koleksi teddy bear kat bilik..so sebelum nak buat tu kami tanya la dulu ustaz/ustazah tentang hukumnya..dan apa yg mereka explain,terletak pada niat..kalau setakat nak buat peluk masa tido dibolehkan..tapi kalau bertujuan untuk memuja or nak sembah mcm berhala,dah tentu la haram..Secara dasarnya menyimpan patung dianggap harus jika ada faedah seperti untuk mainan anak-anak dan dan dianggap haram jika digunakan untuk penyembahan.
Tapi setelah aku berkahwin,family suami aku ni agak particular sikit bab2 hukum hakam ni..ank saudara aku cakap tok diorg tak bagi simpan teddy bear..klu ada,kene buang..haraaaaaammm....Pi mai Pi mai aku lak yg jadi confius..eh btl ke haram..mula la si syaitan dtg menghasut aku jd org yg was-was..Astaghfirullahalazim...so cepat2 aku search kt internet kot ada artikel2 yg membahaskan hal ni..emmm...memang bnyk..
Secara umumnya, Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir. Sekalipun seseorang itu tidak menganggap patung tersebut sebagai tuhan dan tidak menyembahnya, ia tetap ditegah kerana Islam bukan sekadar melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik.
Mengenai hukum orang Islam memiliki patung, al-Qaradawi di dalam "Fatawa Muasirah" berkata Islam mengharamkannya, sama ada patung manusia mahupun patung binatang. Pengharaman itu menjadi lebih kuat jika patung itu merupakan makhluk yang disanjung tinggi seperti raja, nabi sepertimana Nabi Isa a.s. di kalangan orang Kristian dan lembu di kalangan orang Hindu. Menurut beliau, ada satu jenis patung saja yang diharuskan oleh Islam untuk dimiliki, iaitu patung mainan anak-anak kerana ada riwayat daripada Rasulullah SAW yang memberi rukhshah (kelonggaran) mengenainya. Kelonggaran dan pengeculian ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. berkata yang maksudnya,“Aku biasa bermain-main dengan patung anak-anak perempuan di sisi Nabi SAW dan aku ada beberapa orang kawan bermain-main bersama-samaku. Apabila Baginda masuk, mereka menyembunyikan (patung-patung tersebut) daripada Baginda, Baginda membiarkan mereka untuk bermain-main bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)
Syeikh Gadul Haq, Bekas Syeikh al-Azhar, mempunyai pendapat yang sama dengan al-Qaradawi. Beliau membenarkan patung untuk pendidikan seperti patung mainan anak-anak dan berpendapat harus hukumnya bagi patung separuh tubuh dan mudah rosak yang diperbuatkan daripada tepung (atau bahan-bahan lembut seperti plastesin dll).
Syeikh Atia Saqr dalam fatwanya, membolehkan patung mainan anak-anak, patung cepat rosak dan patung separuh badan. Selain itu patung yang tiada salah satu anggota badan yang penting seperti kepala juga boleh dimiliki orang Islam, tetapi hukumnya adalah makruh. (Kepala merupakan anggota penting bagi tubuh. Manakala kaki tidak penting, kerana manusia masih mampu hidup tanpanya).
Menurut Syeikh Saqr, Imam Malik menganggap harus hukumnya memiliki patung yang lengkap seperti seorang manusia, tetapi dengan syarat ia berlubang walaupun sangat kecil. (untuk mencacatkannya). Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mengenakan syarat patung lengkap itu mesti mempunyai lubang yang besar. Ini termasuk juga patung mannequin yang digunakan untuk mempamerkan pakaian di butik-butik dan gedung-gedung pakaian.
So drp artikel2 tersebut,dapat la aku simpulkan hukum mengenai patung adalah dilihat pada matlamat penggunaannya. Apakah ia merupakan hiasan yang termasuk daripada nikmat Allah ataupun ia merupakan sembahan seperti berhala?..tapi kita kene ingat jugak..Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)..Malaikat enggan memasuki rumah yang mempunyai patung di dalamnya dan ketiadaan para malaikat ini akan menjauhkan rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada penghuni rumah tersebut.
Patung yang kanak2 main tu biasanya tidak dimuliakan yakni boleh dipeluk2, dipijak2,dilenyet2, dihumban, dan sebagainya..jadinya si anak2 remaja muda mudi ni elakkan la menyimpan patung seperti memeluknya ketika tidur atau sebagai koleksi di atas rak di dalam bilik tidur kerana apa yg diperlakukan oleh anak gadis remaja tu ialah penghormatan dan memuliakan patung..tambahan pemiliknya bukan kanak2.. Maka langkah terbaik dan selamat ialah tidak menyimpan patung-patung tersebut sama ada di dalam rumah, pejabat, kereta atau di mana-mana sekalipun kerana ditakuti ia menjebakkan kita di dalam perbuatan haram dan syirik tanpa sedar, jika terdapat unsur atau bertujuan penyembahan dan pengagungan.
emm..so husna..main la dgn baby kamu tu sementara kamu masih kanak2 ni..dh besar nanti ibu bakar semua..hihihi..
Wallahu 'alam..
Jumaat, 23 September 2011
Cuci hati..
Di samping Islam dan Iman, apa yg paling penting utk setiap insan ialah kesihatan. badan yg sihat datangnya drp hati yg murni. jarang orang lupa mandi atau gosok gigi, tapi ramai orang lupa utk cuci hati sebelum tidur. Cuci hati dgn solat taubat, istighfar, memaafkan orang, berwuduk,baca Quran, bersedekah, cuci pinggan, dll. Bila hati bersih, badan sihat, otak tenang, wajah cun, doa makbul, hidayah turun dan semua makhluk sayang kita.
Ada hadith yg mengatakan: Jika kita cuci pinggan dgn ikhlas, malaikat akan doakan agar kita jadi bersih..jika cuci tandas apatah lagi. So jom kita rajin2 cuci tandas di rumah, di surau/masjid, di pejabat selepas kita gunakan,dan di mana saja. Tengok nanti betapa hati kita bertambah murni dari masa ke semasa..
Petikan drp kata2 Dato' Dr. Hj Mohd fadhilah Kamsah
Rabu, 14 September 2011
Renungan bersama..
Kali ni entry aku lebih kepada educational entry..xder sangkut paut dgn apa yg aku buat sehari2..kdg2 kena gak switch kpd sesuatu yg lbh terarah kpd maturity..bersesuaian lah dgn kelulusan aku sebagai pemegang ijazah..betul tak?
Aku nak bercerita pasal 1 situasi yg jarang2 berlaku tapi ada terjadi..situasi dimana pasangan (lbh mengkhusus kpd suami) sedang dalam proses perubahan..maksud aku proses transformasi kearah sesuatu yg lebih baik..
Ada tak dikalangan para isteri (klu ada la sang isteri yg membaca entry aku) berada dlm situasi suami sdg berhijrah drpd seorg yg jarang ke masjid/surau kpd seorg yang sgt rajin berjemaah di masjid/surau..drpd seorang yg baca Quran pun tergagap2 kpd seorg yg sgt rajin membaca Quran..emmm..ada tak?..
Bunyi mcm 1 perubahan yg positif kan?..selalunya perempuan suka lelaki yg soleh ni dan tentu la isteri suka suami berubah mcm ni kan?..
TAPI..mcm mana lak kalau kalian berada dalam situasi berikut:-
1) Ya btl suami sdg berubah tapi apa si isteri rasa kalau sedang dia sibuk2 masak utk suami,dan kebetulan ada anak kecik yg sgt hiper active yg rajin sgt nak membantu tp sebenarnya menyusahkan lagi ibunya..melembang habis barang kat dapur..dalam keadaan mcm ni tentunya isteri perlukan suami utk jaga anak sekejap sementara isteri masak kan?..tapi suami buat tak tahu sambil baca Quran tgh2 ari buta..isteri tdk blh bersuara krn apa yg suami sdg buat adalah berkaitan dgn sesuatu yg sukar utk dikritik..ianya berkaitan dgn agama..walaupun suami tdk membantu isteri,tp dia sedang menambah koleksi pahala dia..TAPI..patut kah suami menggunakan alasan sdg membaca Quran utk meng'excuse'kn dirinya dari membantu isteri?..
2) Seharian suami keluar bekerja,isteri menguruskan rumah dan anak2 sendirian..tiada masalah kerana seorang ibu itu memang hebat..boleh melakukan banyak perkara sendirian tanpa bantuan..dan kdg2 suami pun blm tentu dpt buat apa yg seorg isteri buat..tapi dlm sesetengah hal,isteri masih perlukan suami utk membantu kan?..dan isteri menunggu suami pulang kerja dgn harapan blh minta tolong..TAPI..suami balik kerja malam,mandi,bersiap2 dan ke surau utk solat berjemaah..si isteri tunggu sampai tertidur..sekali lagi,si isteri tak blh merungut disebabkan suami melakukan sesuatu yang baik..dan sekali lagi suami ada alasan yg kukuh utk tidak menolong isteri.
3) Isteri sedang mengemas,katakan tgh lipat baju..sepatutnya suami tolong jaga anak sebab budak2 sdg membesar ni mmg suka melembang..nanti sia2 je isteri melipat tapi anak lembang..tapi tetiba suami keluar pergi solat di surau..anak lak menangis meraung2 nak ikut ayah katanya..suami dgn muka tak bersalah ckp kat isteri, ambik anak ni saya nak gi surau..dan anak ditinggalkan menangis dan siapa yg kene pujuk?..isteri jugak..dan sekali lagi isteri tak blh protes sbb suami pergi surau..bukan pergi clubing..
Emmm..aku selalu terfikir tentang situasi mcm ni...pernah tak kamu terfikir yang suami kamu melakukan ibadah itu semuanya untuk diri dia sendiri..tiada bahagian pun utk diri kamu?..bahagian isteri cuma pahala diats ibadah menjaga anak2,sediakan makan minum suami,serta menjaga harta suami..
Aku juga selalu terfikir..kita sebagai perempuan,dari kecik dibesarkan ayah ibu..brp susah diorang nak besarkan kita..bila dah besar,kita jumpa pasangan,kita kawin,dan kita ikut suami,dan tinggalkan ayah ibu.kemudian kita mengabdikan diri menjaga makan minum suami,jaga harta benda dia,sedangkan kita baru jer kenal dia..dan apa yg kita dapat selain ibadah itu?..gaji?..xder pun..nak beli apa2 pun susah kalau isteri yg tak bekerja..rasanya amah lagi mewah dari kita kot..sepatutnya kita mengabdikan diri kepada kedua ibu bapa yg membesarkan kita dr kecik..bukannya lelaki yang dulunya asing bagi kita.sepatutnya kita masak utk ayah ibu kita bukan dia..sepatutnya kita kemas rumah ayah ibu bukan dia?..ada tak yg berfikir mcm aku?..tapi apa2 pun isteri kene jugak ingat,tak semua diantara kita bernasib baik mendapat suami yg baik,rajin,sporting,understanding dan bertolak ansur.
Dan utk lelaki,jgn la kamu menggunakan peluang beribadah itu dengan tidak secara lansung menjadikannya alasan utk tidak membantu isteri dirumah..ingat la bahawa membantu isteri juga 1 ibadah..sedangkan Rasulullah pun buat kerja rumah,apatah lagi kita umat dia.jangan lah kamu tamak mengejar pahala diluar sehingga kamu mengabaikan peluang membuat pahala dirumah..apa guna kamu sembahyang dan mengaji tapi kamu lalai dlm tanggungjawab dirumah..terfikir kah kamu wahai suami..isteri juga rindu utk solat berjemaah di masjid,isteri juga rindu utk solat terawih dimasjid,isteri juga rindu utk solat hari raya di masjid..jgn la bila isteri ckp "asyik abg jer g surau,saya pun nak jugak"..dan kamu jgn la jawab "xder sapa larang pun..pergi la..bwk jer ank tu letak sebelah"..kalau nak bercakap tu guna la otak..walau apa pun alasan kamu berubah,kamu tidak seharusnya tamak utk diri sendiri..
peace..
Isnin, 5 September 2011
Aku Punya Blog,Aku Punya Suka..blh gitu????
Yeah its right..my blog so up to me la what i want to write..this post are to express my angriness to someone..if i post on fb,people will say i kind of high educated old women that cannot think wisely..everything wanna write on fb's wall including things that can embarrass them..
lately i learnt something very valuable..i learnt that we should treat people as we want people treat us..last few days,i went to visit a family..just to see their son..i heard he is sick..even they actually never visit us when husna got sick but its ok la for me..my hubby also dont mind..as normal in malay culture,if we got guest,we will make maybe hot tea atleast..so then she ask her daughter to prepare it..so lazy the daughter is..until hubby and me want to go back home,she still didnt prepare the drink..we're not that famine of their drink becoz we've already drink at home..but atleast show some respect..just acting like want to go to prepare is ok..we then will say "its ok,we already got ours at home"(btl ke ayat ni?..hentam saja lah)..inside my heart,i'm so sick with this girl..what she doing is just playing with her phone..chatting i guess..no wonder la she didnt get atleast an A for her exam..what make me so angry is she even didnt say hai..no doubt..she kind of rude girl..same like her sister..i can count how many words they speak to me since i know them..I also read on her fb,she mention about 'someone' kononnye that someone backbiting her family..no wonder people doing so if you behave like that..unrespect people around you..you better finish your study first,after that you can talk2 like that to that 'someone' ok..
so moral of the story,if i have guest,i'll make sure they get their tea (exclude close neighbour).if not,people will backbite me then..and always not being arrogance and respect people especially people older than me..if not,people will say something bad about me and i start la want to post on my fb..then fighting2..so to those girl i mention,if you read this,please dont complain about me on your fb..if you still want to,make sure you tag me on your post..no sindir2..coward!!
wau..my post today like gossip in melody or in entertainment magazine..hihihi..but i satisfy..arrrrgggghhhhh..lega dpt lepaskn geram..
Sorry for broken english..i purposely doing that...hahaha..

Jumaat, 19 Ogos 2011
Rabu, 17 Ogos 2011
Daging Bakar Berempah
Daging Bakar Berempah
Bahan-bahan ( setengah kilo daging )
- daging setengah kilogram
- 2 inci halia
- 2 ulas bawang putih
- 2 inci kunyit
- 1 @ 2 batang serai
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- sedikit ketumbar (jika suka)
- garam secukup rasa
- gula @ gula melaka
- sedikit serbuk perasa
- air asam jawa
- 1/2 sudu teh air limau nipis (xde pun xpe)
Cara-cara
- potong daging ikut kesukaan masing2...basuh bersih, toskan
- kisar semua bahan diatas.
- perap daging dengan bahan kisar sekurang2nya setengah jam. lagi lama lagi elok.
- boleh la dibakar....lebihan bahan perap jgn dibuang, campurkan lebihan bahan perap dengan sedikit minyak masak...kacau sebati...gunakan utk merenjis daging sewaktu membakar..boleh juga dibakar dalam oven atau kuali leper diatas dapur gas tapi kena bungkus dengan aluminium foil..
- siap sedia utk dimakan...sesuai dimakan dengan nasi kerabu..
Selasa, 16 Ogos 2011
Sate Ayam@daging
Sate Ayam atau Daging
Bahan-Bahan:
Untuk 140-150 cucuk sate
2 kilo dada ayam
1 kilo isi ayam dari seekor ayam tanpa dibuang lemak
Bahan untuk memerap ( disatukan dan dikisar)
10 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
4 batang serai
5 inci halia
2 sudu makan jintan manis ditumbuk kasar
1 sudu makan jintan putih ditumbuk kasar
1 sudu biji ketumbar ditumbuk halus.
Bahan perasa
5 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan madu.
500 grm gula
Cara:
1. Isi ayam dari bahagian dada dan seekor ayam dipotong kiub jangan dibuang lemaknya.
2. Satukan dengan bahan memerap dan masukkan bahan perasa.gaulkan bahan ini sebati dan simpan didalam peti sejuk semalaman
3. Cucuk isi ayam yang telah diperap semalaman dgn lidi sate.
4. Siap sedia untuk dibakar dan dihidangkan
Cadangan Hidangan:
sajikan sate dengan kuah kacang,hirisan timun dan bawang merah
Sos Lada Hitam dan Sos Cendawan
SOS LADA HITAM
Bahan2:-
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis
Cara2:-
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam
SOS CENDAWAN
Bahan2:-
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [cincang halus]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis
Cara2:-
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.
Isnin, 15 Ogos 2011
Kuah Kacang
KUAH KACANG Bahan: 1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2 1/2 cawan air asam jawa 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan minyak garam secukup rasa bahan mesin 5 sudu besar cili mesin 4 batang serai 1 inci halia 1/2 inci lengkuas 8 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 2 biji buah keras Cara: 1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing. 2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat. 3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak. 4. Hidangkan dengan nasi impit. | |
Ayam BBQ
Ayam BBQ
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
- 2.0kg ayam
- 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
- 5 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 2 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 batang serai
- 1 sudu besar serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil garam
- 1 cawan gula
Cara-cara
- Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
- Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
- Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
- Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
- Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!
Rantai o rantai
Adoyaiiii...dh nak dekat raya ni,rantai leher lak putus..apa la nasib..takde angin takde ribut tetiba jer berjuntai..tapi mujur la putus dalam rumah..kalau putus masa aku outing,pastu hilang,abis la rugi..nasib baik ada rezeki lagi..kalau sempat blk kelate nanti nak tukar baru..kali ni nak ambik yang kecik2 jer..aku memang suka yang kecik molek ni...
Rabu, 13 Julai 2011
Rugi..
Apa yang rugi????...blog ni ha..blog dh lawa...tp takde citer nk msk blog..klu setakat nak citer ari ni makan apa,itu tak payah ada blog pun tak pa..ni sebab blog husna la ni..suma citer dah masuk blog dia..so blog aku citer dah abis...hihihi...
apa2 pun mlm ni kami akan pegi makan chicken chop..ala2 candle lite dinner gitu..hihihi..jangan jeles la ek kepada yang terbaca ni..ok papai..
Ahad, 3 Julai 2011
Xperia X8
Emmmm..setelah lebih 5 thn tak pnh tukar hp baru,hari ni tetiba husb dengan baik hati nak topup duit aku utk beli hp baru..ni la hp baru aku..sony ericsson xperia X8..touch screen..di saat aku sedang update blog ni,aku still terkial2 nak guna hp ni..tak biasa la dgn sony..takpe..pelan2 kn?...anyway tq verymuch ayah..mmmmuuuaaaaahhhhh!!!!!
Sabtu, 2 Julai 2011
takde tajuk best
Kenapa design blog aku ni mcm blog kanak2 ribena?..ntah lah..agaknya terbawak2 dengan design blog husna kot..search gambar hello kitty kat husna tp jumpa gambar menarik je aku ambik letak kat blog aku..ntah la aku ni..tak tau dah nak ubah macam mana..asal lawa sudah..walaupun umur dah tua,hati tetap muda.tu pasal blog jd mcm sweet 17..hihihi..
ok la..
papai..
ok la..
papai..
Jumaat, 1 Julai 2011
Usha blog orang
Ari ni tak ada keje..so aku saje je la skodeng blog budak2 remaja..sambil2 cari idea nak touch up blog husna si comel aku tu..adoiyai..aku tak tau la remaja skrg ni mcm mana diorg punya result SPM..teruknya penggunaan bahasa diorg..aku x faham apa yg diorang tulis..even aku cuba eja pun still i can't get it..klu sikit takpe la..nk rojak dgn BI pn ok klu tak melampau..ini tak,dr awal hingga akhir mcm tu..jangan la wahai pelapis bangsa..kalau bukan kita yang memartabatkan bahasa malaysia kita,siapa lagi..cuba la guna bahasa yang betul dgn ejaan yg benar..itu je la pesanan dari insan yg maintain score A in BM in every single exam yg aku dh ambik..msk bakul la plk..so pada yg terbabit tu jgn la berkecik hati lak ek..just teguran semata2..ok..papai..
Rabu, 29 Jun 2011
Kurma Ayam Kelate
Nasi minyak dah ada..so jom kita masak lauk pulak..kat kenduri memang matching la nasi minyak dengan masak kurma..tapi ada gak yg buat ayam masak pedas..yang tu kemudian nanti ida share resepi dia..so jom masak kurma ayam yg sgt senang ni..
Kurma Ayam Kelate
Bahan2:-
Setengah ekor ayam (ambik bahagian bertulang je)
2 ulas bawang merah - 1 ulas dihiris, 1 ulas potong pangkah separuh,jangan putus
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
4 sudu makan serbuk kurma adabi
1 biji ubi kentang
1 bujut sup adabi (kalau suka)
1 cawan santan pekat
Air
Minyak utk menumis
Cara2:-
1) Bersihkan ayam,ketepikan
2) Panaskan minyak,tumis bawang merah.bawang putih,halia hingga wangi.masukkan rempah kurma yg dibancuh dengan air.masukkan jugak sup bunjut.tumis hingga pecah minyak.
3) Masukkan ayam,bawang yg dibelah (tak putus).Masak hingga empuk.Masukkan ubi kentang yg di potong dadu.tambah air jika perlu.Kemudian masuk santan.kalau nak pekat,boleh letak kerisik,tp ida tak letak pn sebab suami suka kuah.Biar mendidih sekejap,dan siap.
ok tu je..selamat mencuba..papai

Nasi Minyak Ala Ida
Tentu ramai yang suka makan nasi minyak kan..tapi tak tahu nak masak sendiri bila teringin..lagipun yang masak kat kenduri tu kadang2 bukan sedap pn,nasi lembik la..nasi tak masak la.pernah ida sendirik frust bila terpaksa berebut2 nak ambik nasi tapi nasi mentah..sejak tu ida nekad nak belajar masak sendiri nasi minyak ni..so jom kita masak..ni resepi paling simple..
Nasi Minyak Ala Ida
Bahan2:-
4 cawan Beras basmathi
1 tin susu cair
2 cawan air
1 ulas bawang merah (saiz bsr)-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
1 inci halia-hiris
1 batang kulit kayu manis
sekuntum bunga lawang
3-4 kuntum bunga cengkih
4 sudu makan minyak sapi
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
1 helai Daun pandan
Kismis (jika suka)
Bawang goreng (jika suka)
Cara2:-
1) Cuci beras dan toskan dan masukkan ke dalam rice cooker.
2) Panaskan minyak sapi,tumiskan bawang merah,bawang putih,halia,kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih sehingga garing.kemudian tuangkan bahan goreng sekali dengan minyak sapi tu ke dalam rice cooker yang berisi beras tadi.
3) Masukkan sekali susu cair,air, kismis,daun pandan, dan garam secukup rasa.
4) Bila rice cooker dah bertukar ke warm,titiskan beberapa titik pewarna kuning.actually taknak letak pewarna pun takpe.saje je nk bagi menarik.gaul sedikit..jangan beria2 sangat gaul tu,nanti nasi jadi kuning terus.kita just nak tompok2 kuning je.then masukkan bawang goreng..
5) Itu je..dah siap pun..bukan susah.boleh makan dengan masak kurma or ayam masak pedas.pekena lak dengan acar timun..perrrgghhhh..best..
Macam tu je nak masak nasi minyak..senangkan..kalau tak tahu nak masak kurma,nanti ida ajarkan..
ok tu jer..papai
Selasa, 28 Jun 2011
Touch up blog
Fuh!!!!..pening kepala aku mengedit dan mengtouch upkn blog aku ni supaya menarik..dah menarik barulah ada hati nak post apa2 kn?..ni kira 90% siap la..ada lagi yang aku nak tambah tapi puas try and error,tak jadi2..kene study lagi..tapi utk hari ni cukup la apa yg dh siap ni..lagi pn aku blm masak lagi ni utk mkn mlm..so itu jer la..papai
Isnin, 27 Jun 2011
Ujian hidup..
Citer ari ni psl mata..masa aku dlm pantang lahirkan husna 2 thn stgh yg lepas,mata aku start kering,merah2 dan susah nak celik masa tgk tv dan bgn tidor..aku ingatkan masalah biasa je..so aku just beli ubat titik biasa kt farmasi dan klinik..mcm2 dh aku guna,eye drop,eye mo,optrex,dan ubat klinik aniza..tp mata aku mcm tu gak..makin lama makin teruk merah n kering mata ni..dh tak tahan dgn situasi mcm ni,aku g la klinik aniza jumpa doktor nk cek apa probnya..ada ke patut doktor tu kata aku sakit mata yg berjangkit tuh..hampeh btl..ubat dia bg,aku blk buang jer..dh tau mmg x jd..so aku decide nak g jumpa eye specialist sbb aku rasa something wrong dgn mata aku ni..awal bln 4 yg lps,aku g cek kt Raja eye specialist kt Teluk Intan..jangkaan aku betul..rupa2nya ada selaput kt mata kanan aku ni.kata doktor tu,selaput tu dh keliling mata hitam dh..tunggu nak attack anak mata..klu dia attack blh jd buta..nauzubillah..syukur aku tergerak hati nk g cek..tu pn doktor kata biasanya org dtg masa selaput sikit jer..kira aku ni dh lewat tp blm terlambat..Alahamdulillah..gambar ni antara ubat2 yg terpaksa aku guna sepanjang 3 bln lps..dan 2 minggu lps aku g cek doktor kata dh banyak progress..tp still kena cek bln 12 ni takut2 selaput tu ada balik..mahal gak ubat2 ni..tp xper la janji mata aku baik..tp sayangnya mata aku sedikit rabun..ye la sebab aku lambat g cek,ada effect la sikit kt anak mata dan doktor pn tak leh nak buat apa la..ujung bln 7 ni aku kene g buat spek..tp rasa mcm malas jer sebab mata kiri aku ok lg..oklah..tu jer utk ari ni..papai..
Ahad, 26 Jun 2011
KenAPa BloG AKu KoSoNg???
Ye..soalannya knp blog aku xde citer pun sedangkan dh lama dh usia blog nih..yeeee...sebab aku jarang update..knp jarang update?sebab aku sendiri tgk design blog aku ni,aku menyampah..x lawa lansung..mcm budak2..ni d latest..aku dh touch up ckit nmpk mcm ok..so blh la mula blk membebel..hihihi
Sebenarnya banyak jgk yg aku bebelkan..tp knp ntah bila aku baca blk mcm menyampah..so aku delete..tp mulai ari ni aku nekad nk teruskan bebelan aku x kira la menarik ke tak utk tidak membazirkan kewujudan blog ni walaupun tak seberapa..kesian blog aku nih bila aku x pedulikan dia..dan apa yg aku sedang membebel nih?..hihihi
oklah cukup utk ari ni..esok sambung lagi ok ida..
Sabtu, 7 Mei 2011
Khasiat memeluk isteri kita dan pelukan suami untuk isteri
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. “Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.
Ahad, 27 Mac 2011
sabar je la..
Nak jd seorg isteri dan ibu ni bkn senang..sungguh mencabar..ni dh kul 12.36pm tp aku blm mkn sebijik nasi pn lg..mcm mana nak masak klu husna x tido..klu aku msk dapur,abis la brg2 kt dapur tu dia lembang..sementara nak siap masak,tercabut la pintu peti tu dia bukak tutup cari calciyum..
Mata lak ngantuk dh..perut lapar..asyik telan mamee n teguk air je mana tahan..sabar je la..
Langgan:
Catatan (Atom)